Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersiap sedia untuk melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN)ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, persediaan itu sebagaimana diperuntukkan di Bawah Perkara 21 Fasal (4), Perlembagaan Negeri Sabah.

“Satu mesyuarat khas untuk membincangkan tarikh-tarikh penting bagi pilihan raya umum DUN Sabah ke-17 akan diadakan pada Tarikh yang akan dimaklumkan kemudian,” katanya dalam kenyataan.

Hari ini, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor membuat pengumuman pembubaran berkenaan pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Ketua Menteri Bersama Wakil Rakyat Kerajaan Sabah di Menara Kinabalu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

DUN Sabah dibubar hari ini

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast