KUALA LUMPUR – Armada Bersatu mengecam keras tindakan Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik yang didakwa terlibat dalam “Champagne Shower” (semburan arak) ketika di atas podium Formula 1 Singapore Grand Prix 2025 pada 5 Oktober lalu.

Ketua Penerangannya, Harris Idaham Rashid berkata, insiden ini berlaku apabila George Russel mewakili Mercedes AMG Petronas F1 Team memenangi perlumbaan tersebut dan Tengku Taufik atas kapasitinya dalam firma minyak dan gas itu telah mewakili pasukan untuk menerima trofi di atas podium.

Dakwa beliau, rakaman video dan gambar insiden tersebut menunjukan beliau menyembur dan disembur arak tersebut sehingga lencun satu badan,Tetapi lebih mengecewakan apabila kejadian tersebut berlaku ketika beliau memakai baju rasmi Petronas.

Dakwa Harris Idaham, hasil kajian Armada, champagne yang digunakan di podium tersebut adalah jenis Moët & Chandon – juga adalah champagne rasmi untuk Formula 1 itu mempunyai konten alkohol sebanyak 12%.

Jelasnya, sebagai pemimpin korporat Melayu Islam yang sedang menerajui sebuah syarikat milik Kerajaan Malaysia sepenuhnya, beliau wajib menunjukan sensitiviti yang tinggi ketika mewakili syarikat di pentas tempatan apatah lagi antarabangsa.

“Pengunaan arak tidak boleh dinormalisasi dalam kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan. Negara baru dikejutkan dengan hidangan arak di majlis Tourism Malaysia dan kini giliran Ketua Pegawai Eksekutif syarikat terbesar milik kerajaan telah menunjukan sikap liberal seolah-olah perkara itu sudah menjadi kebiasaan.

“Armada memahami acara podium dan Champagne Shower adalah budaya dan adat perlumbaan untuk meraikan pemenang top 3, tetapi sebagai pemimpin korporat Melayu Islam yang mewakili Petronas beliau wajib meninggalkan podium ketika Champagne Shower sedang berlangsung dan kembali semula untuk bergambar bersama pemenang,” tambahnya.

Tambahnya, Armada berbangga dengan pencapaian pasukan yang ditaja oleh Petronas dan berbangga melihat warganegara Malaysia mewakili pasukan gergasi itu untuk menerima trofi tetapi tidak boleh bertolak ansur berkenaan aktiviti semburan arak.

“Tindakan tersebut memalukan negara khususnya di mata pemimpin negara Islam yang juga terlibat dalam Formula 1 (Bahrain, Qatar, Saudi Arabia, United Arab Emirates).

“Armada erharap agar perdana menteri memberi amaran akhir kepada semua Kementerian, Agensi Kerajaan, GLC, GLI untuk menjaga maruah Negara ini sebagai Negara yang meletakan Islam sebagai Agama Persekutuan (Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan),” ujarnya. – MalaysiaGazette

Perhatian: MalaysiaGazette tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak MalaysiaGazette juga tidak mampu untuk memantau ke semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast