Tangkap layar dari laman sosial pelakon, Datin Intan Najuwa.

 

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Datin Intan Najuwa, 28, menegaskan beliau tidak akan berkompromi dalam isu melibatkan sokongan terhadap Israel dan sanggup membuang barangan dapur berjenama mewah miliknya sekiranya terbukti jenama itu termasuk dalam senarai produk pro-Israel.

Menurut pemilik nama sebenar Intan Najuwa Abdul Wahid itu, beliau sebelum membuat sebarang pembelian, beliau sudah melakukan semakan di beberapa laman web bagi memastikan jenama berkenaan tidak tersenarai dalam kempen boikot.

“Saya dah semak di dua laman web dan jenama ini tak ada dalam senarai boikot. Tapi kalau betul ia pro-Israel, saya akan buang semuanya tanpa ragu,” katanya menerusi ruangan komen di media sosial, semalam.

Pelakon drama Jodohku Babysitter itu turut meminta orang ramai menegurnya sekiranya terdapat maklumat baharu mengenai jenama terbabit.

“Kalau saya tersilap, tolong beritahu. Saya akan ambil tindakan segera,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Intan menarik perhatian ramai selepas memuat naik video ‘unboxing’ perkakas dapur mewah seperti set cawan, pinggan dan cerek yang baru dibelinya.

Namun, perkongsian itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial yang bimbang barangan tersebut berasal daripada syarikat yang menyokong Israel. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast