KUALA LUMPUR – Warga asing yang mengemis di Masjid Jamek Kampung Baru mampu meraih pendapatan antara RM40 hingga RM150 dalam beberapa jam semalam dicekup Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur dalam Ops Sapu.
Ops Sapu yang dijalankan selepas solat Jumaat bermula pukul 2 petang hasil risikan dan aduan orang awam.
Difahamkan, pengemis warga asing mula berkumpul sebelum solat Jumaat dan mereka dipercayai bergerak sendiri untuk melakukan kegiatan itu.
Manakala pengemis tempatan dikesan merupakan dalam kalangan gelandangn dan ada antara mereka memiliki kad orang kurang upaya (OKU).

Mereka ini mula mengemis di sekitar masjid sebelum solat bermula sehingga selesai solat Jumaat terutama ketika jemaah keluar beramai-ramai dari perkarangan masjid.
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, sepanjang operasi selama satu jam itu pihaknya telah memeriksa seramai 22 individu termasuk dua kanak-kanak.
“Pemeriksaan membabitkan 12 warga tempatan, (4) warga Indonesia, (3) warga Indonesia, (2) warga Pakistan dan seorang warga Sri Lanka.
“Hasil pemeirksaan itu, kita telah menahan tiga warga asing iaitu tiga lelaki Pakistan serta seorang Indonesia kerana tiada dokumen yang sah,” katanya.
Berikutan itu, Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan JIM tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku melibatkan sebarang kesalahan imigresen. – MalaysiaGazette
















