Asisten Komisioner Shamsudin Mamat

KUALA LUMPUR – Polis masih menjalankan siasatan berhubung insiden seorang penuntut Universiti Malaya (UM) yang ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari bangunan kolej setinggi empat tingkat, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, setakat ini tiada saksi yang melihat kejadian tersebut berlaku dan siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai terjatuh dari tempat tinggi.

“Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian ini,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, polis telah memulakan proses mengambil keterangan daripada individu berkaitan pada hari ini, setelah rakan-rakan serta keluarga mangsa memohon untuk hadir menguruskan jenazah allahyarham terlebih dahulu.

Terdahulu, media melaporkan seorang mahasiswa UM, Ahmad Arif Zawir Mohd Ali, 22, maut selepas dipercayai terjatuh dari bangunan kolej kediaman di universiti itu.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 3.15 petang.

Pihak universiti dalam kenyataan ringkas turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian terbabit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast