Kawasan penempatan Jinjang Selatan Tambahan yang akan dipindahkan bagi tujuan pembangunan. Foto AMIRUL SHAUFIQ 13 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Bancian yang dibuat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap penduduk Jinjang Selatan pada 2015 memutuskan 15 buah keluarga layak menerima kediaman Perumahan Awam (PA) atau Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Zaliha Mustafa berkata, bancian semula tidak akan dijalankan bagi mengelakkan pertindihan data dan implikasi kewangan baharu.

Katanya, penduduk yang tidak layak menerima PA atau PPR digalakkan memohon rumah menerusi Residensi Wilayah atau Residensi Madani.

Projek rumah ganti kini siap 99 peratus,” katanya ketika sesi Penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan 2026) di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng mencadangkan supaya DBKL melakukan bancian kepada penduduk Jinjang Selatan.

Jelas Zaliha, tanah di Jinjang Selatan ini merupakan tanah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP), yang mana Jabatan Pengguna (KJP) adalah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Butiran lanjut boleh dirujuk ketika penggulungan NRES dan KPM nanti,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast