Melaka bakal menjadi negeri pertama memperkenalkan inisiatif potongan harga servis motosikal sehingga 30 peratus kepada lebih 3,000 penghantar makanan di seluruh negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, inisiatif di bawah program Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) itu akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat dan dibincangkan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri.

Sebanyak 28 bengkel motosikal, masing-masing di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), bakal dipilih untuk melaksanakan inisiatif berkenaan.

Langkah itu bertujuan membantu meringankan beban penghantar makanan dalam usaha menambah pendapatan untuk menyara keluarga

#malaysiagazette #MelakaSayangRakyat #KetuaMenteriMelaka #AbRauf

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here