MACC MITRA Funds Malaysian Indian Transformation Unit Ministry of National Unity B40
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa empat indvidu terlibat dalam Op DC dan Op Tiger di dua mahkamah berbeza jam 9 pagi esok.

Menurut sumber, seorang pegawai kanan gred Jusa B Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang ditahan dalam Op DC di Mahkamah Kuala Lumpur.

“Turut didakwa dua pegawai bank dan seorang bekas pegawai bank terbabit dalam Op Tiger di Mahkamah Sesyen Shah Alam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, SPRM membekukan sebanyak 37 akaun bank membabitkan jumlah keseluruhan kira-kira RM17.5 juta dibekukan.

Ia susulan penahanan empat individu termasuk seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bergred Jusa B.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pembekuan itu melibatkan 11 akaun peribadi, 23 akaun syarikat dan tiga akaun saham.

“SPRM turut merampas wang tunai bernilai RM1.15 juta, €12,300 dan S$24,280 selain dua kereta mewah berjumlah RM650,000 serta koleksi beg tangan dan kasut berjenama dianggarkan bernilai RM100,000.

“Setakat ini, SPRM sudah merakam keterangan 16 individu termasuk empat yang ditahan,” katanya.

Dalam pada itu, SPRM memaklumkan akan mendakwa 49 pegawai dan bekas kakitangan bank disyaki menerima rasuah daripada beberapa firma guaman secara berperingkat sepanjang November ini.

Bahagian Komunikasi Strategik SPRM dalam satu kenyataan berkata, SPRM telah mendapat izin mendakwa secara berperingkat individu-individu berkenaan dan kesemua pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor.

“Mereka dipercayai menerima rasuah atau komisen daripada beberapa firma guaman sebagai balasan melantik firma-firma guaman terbabit untuk menguruskan dokumen perjanjian pembiayaan kewangan oleh pelanggan yang memohon pembiayaan kewangan di beberapa institusi perbankan antara tahun 2018 hingga 2023.

“Kegiatan rasuah melibatkan firma guaman dan pegawai bank itu berjaya dibongkar SPRM menerusi Op Tiger yang dijalankan sekitar Jun 2024 yang mana ada bayaran komisen atau upah ini dibayar sebelum urusan pinjaman pelanggan ini selesai,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast