Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengesahkan telah berlaku satu insiden melibatkan sebuah set tren komuter enam gerabak (SCS03) yang terlajak ke hujung landasan di Platform 4, Stesen Butterworth pada jam 6.01 pagi tadi.

Tren berkenaan merupakan set kosong tanpa penumpang dan sedang dalam pergerakan operasi harian.

Sehubungan itu, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Pasukan teknikal KTMB telah tiba di lokasi sejurus selepas kejadian, dan kerja-kerja pengalihan set tren sedang giat dijalankan bagi memastikan keselamatan Kawasan serta kelancaran operasi di stesen.

Semua operasi tren penumpang di Stesen Butterworth beroperasi seperti biasa melalui Platform 1, 2 dan 3.

Platform 4 bagaimanapun ditutup buat sementara waktu bagi pelaksanaan kerja-kerja baik pulih dan pemeriksaan keselamatan.

Para penumpang di Stesen Butterworth dinasihatkan untuk mematuhi segala arahan keselamatan yang diberikan oleh kakitangan stesen bagi memastikan kelancaran pergerakan dan keselamatan semua pihak.

KTMB sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Menurutnya, sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan memberi jaminan keselamatan operasi dan pengguna sentiasa menjadi keutamaan dan segala langkah sedang diambil bagi memastikan perkhidmatan tren terus berjalan lancar seperti biasa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast