Majlis perasmian Konsortium Logistik Malaysia (MLC) sempena sesi Higher Education Institutions–Industry Summit (HEIS) bagi program Festival of Ideas (FOI) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

KUALA LUMPUR – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terus memperkukuh kedudukannya sebagai universiti yang berteraskan kelautan apabila dilantik sebagai institusi peneraju dalam Konsortium Logistik Malaysia (MLC).

Majlis pelancaran itu telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Datuk Mustapha Sakmud, sempena Higher Education Institutions–Industry Summit (HEIS) bagi program Festival of Ideas (FOI) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Naib Canselor UMT, Profesor. Mohd Zamri Ibrahim berkata, pelantikan itu membuktikan keupayaan UMT dalam memanfaatkan kepakaran dalam bidang Maritim dan logistik yang menyumbang keperluan strategik negara.

“MLC atau MRI3: Logistik Konsortium sebuah inisiatif strategik di bawah MOHE Research and Industry-Infused Incubator (MRI3) yang diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“Melalui MLC, kita bukan sahaja memperkukuh jaringan kolaborasi antara universiti tetapi turut menyumbang kepada agenda kebangsaan dalam meningkatkan kecekapan rantaian bekalan dan keselamatan logistik maritim negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, UMT memiliki kekuatan tersendiri dalam bidang penyelidikan dan pembangunan teknologi logistik melalui kemudahan seperti Marine Operations Centre (MOC), Pusat Instrumentasi Oseanografi (INOS), Makmal Automasi dan Analisis Data.

Prof. Zambri berkata, UMT teru komited dalam menyumbang kepada peningkatan kecekapan opersi pelabuhan, pengangkutan pintar dan logistik hijau selaras matlamat pembangunan mampan negara serta Agenda Ekonomi Biru Malaysia 2050.

Beliau menegaskan, penglibatan UMT dalam MLC bukan sahaja memperkukuhkan kedudukan universiti sebagai peneraju penyelidikan maritim tetapi juga membuka peluang luas kepada pelajar dan penyelidik dalam kolaborasi industri serta pemindahan teknologi. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast