Onn Hafiz ketika berucap dalam sidang DUN di Bangunan Sultan Ismail, Iskandar Puteri.

ISKANDAR PUTERI – Seramai 140,185 penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Johor akan menikmati insentif khas RM500.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, insentif itu membabitkan peruntukan RM70.1 juta yang merupakan pemberian pertama Johor kepada penjawat awam Persekutuan di negeri ini.

“Ini sebagai tanda kasih dan penghargaan kepada penjawat-penjawat awam selari dengan semangat whole of nation yang Johor terapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap membentangkan Belanjawan Johor 2026 berjumlah RM2.55 bilion dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Sultan Ismail di sini.

Katanya, kerajaan negeri ingin menzahirkan penghargaan kepada 140,185 penjawat awam Persekutuan di Johor melalui insentif khas penjawat awam Persekutuan.

“Setiap penjawat awam yang berkhidmat akan terima bantuan RM500 seorang dengan peruntukan RM70.1 juta ini adalah pertama dalam sejarah insentif khas untuk penjawat awam Persekutuan,” katanya.

Selain itu, tambah beliau, Johor turut mengumumkan bonus dua bulan gaji kepada 17,454 penjawat awam negeri yang akan disalurkan Disember ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast