Seorang duda ditangkap khalwat dalam sebuah bilik hotel di Taman Desa Tebrau, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang duda terkejut semasa membuka pintu bilik hotel di Taman Desa Tebrau, di sini, apabila penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) muncul untuk melakukan pemeriksaan malam semalam.

Menurut JAINJ, serbuan tersebut dilakukan pukul 1.30 pagi, penguat kuasa mengetuk pintu bilik tidak sampai 5 minit sebelum dibuka lelaki berkenaan dengan tidak memakai baju.

“Lelaki itu hanya memakai berseluar jean dan tidak menyangka penguat kuasa yang ketuk pintu. Mungkin dia ingat orang hotel. Keadaan dalam bilik gelap.

“Apabila lampu bilik dibuka didapati seorang wanita sedang baring sambil berselimut atas katil. Dia sedar tetapi masih tidak bangun dari katil.

“Penguat kuasa menegur lelaki itu setelah melihat zip seluar lelaki tersebut terbuka. Dia tersipu malu dan membetulkan zip,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut JAINJ, pemeriksaan mendapati pakaian lelaki dan wanita terbabit disangkut dalam bilik tersebut.

“Pemeriksaan oleh penguat kuasa wanita mendapati wanita ini tidak berpakaian langsung dalam selimut,” jelas kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, lelaki berkenaan berstatus duda berumur dan wanita masih belum berkahwin masing-masing berumur 30-an.

Lelaki itu tinggal di Pontian dan berulang alik setiap hari ke tempat kerja di Johor Bahru namun semalam disebabkan habis kerja lewat dan kepenatan menyebabkannya dia menyewa bilik di hotel berkenaan.

“Wanita pula ada rumah di Johor Bahru dan duduk menyewa dengan rakan,” katanya.

Pasangan itu ditangkap atas kesalahan khalwat Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana disyaki berkhalwat dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast