Tangkapan layar seorang individu lelaki yang meyeksa seekor beruk tular. Foto: media sosial

KUALA LUMPUR – Dua individu dicekup Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Bachok susulan penularan rakaman video yang memaparkan tindakan seorang lelaki memukul seekor beruk.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, video tersebut dirakam oleh rakan pengadu sebelum dimuat naik ke media sosial dan menjadi tular.

“Semakan lanjut mendapati pengadu tidak mempunyai sebarang lesen atau permit sah untuk menjaga atau melatih haiwan berkenaan.

“Kedua-dua suspek yang ditahan di bawah Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953 kerana melakukan penganiyaan terhadap haiwan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan video tular itu, suspek akan ditahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana membuat penyebaran kandungan jelik.

Ismail berkata, mereka akan direman bermula hari ini sehingga 18 November depan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan lanjut.

Rakaman perbuatan itu dirakam satu minit 45 saat yang dikongsikan di laman Facebook Persatuan haiwan Terbiar Malaysia sehingga mencetuskan kemarahan ramai. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast