Beberapa individu warga asing diarahkan berpatah balik selepas cubaan mereka memasuki Malaysia ditolak Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam. Sumber : Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS)

KUALA LUMPUR – Beberapa individu warga asing diarahkan berpatah balik selepas cubaan mereka memasuki negara ini ditolak Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam.

Menurut kenyataan, seorang lelaki warganegara India, empat rakyat Thailand dan enam warga China berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun disyaki gagal memberikan alasan kukuh untuk memasuki negara.

Pemeriksaan lanjut dan sesi soal siasat mendapati mereka tidak mematuhi syarat kemasukan ditetapkan termasuk percanggahan maklumat dan tujuan yang tidak jelas.

AKPS menegaskan tindakan menolak individu-individu terbabit diambil bagi memastikan pintu masuk negara tidak disalahgunakan bagi sebarang aktiviti menyalahi undang-undang.

Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Mohd Nasarudin berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang gagal mematuhi peraturan imigresen.

“Kami memastikan setiap pelawat yang memasuki negara mempunyai tujuan jelas dan mematuhi peraturan. Mereka yang gagal akan ditolak serta-merta demi keselamatan negara,” katanya.

AKPS menegaskan kawalan di semua pintu masuk akan terus diperketat bagi mengelakkan penyeludupan manusia, penyalahgunaan imigresen dan aktiviti haram lain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast