KUANTAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pahang sedang menyiasat video tular insiden interaksi seorang penguatkuasanya dengan seorang pemandu lori di kawasan tol Lancang, Temerloh pada 20 November lepas.
Klip video rakaman kamera papan pemuka (dashboard) sebuah lori berdurasi 49 saat memaparkan kejadian yang tular di media sosial sejak dua hari lepas.
“Insiden dirakam semasa pemeriksaan ke atas sebuah lori yang disyaki membawa muatan selain daripada yang disyaratkan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
“Difahamkan pemandu enggan memberikan kerjasama,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, JPJ negeri Pahang komited memastikan penguatkuasaan dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) serta siasatan insiden melibatkan penguatkuasa dijalankan secara telus dan bebas.
Penguat kuasa JPJ Pahang juga telah membuat laporan polis berkaitan video tular tersebut, katanya. – MalaysiaGazette
















