Mohd Sany Hamzan meluangkan masa bersama-sama calon-calon SPM Sekolah Menengah Kebangsaan Dusun Nanding.

KUALA LUMPUR – Kira-kira 50 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dusun Nanding, Hulu Langat ‘terpaksa’ bermalam di sekolah selepas musibah banjir melanda daerah itu bermula tengah hari tadi.

Keputusan menempatkan sebilangan calon-calon SPM itu dibuat oleh pentadbiran sekolah berikutan ramalan cuaca hujan yang berterusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi.

Keadaan cuaca tersebut sangat berisiko serta berkemungkinan menjadi faktor calon-calon SPM terlepas kertas pertama esok, Bahasa Malaysia Kertas 1 dan Kertas 2.

Cuaca hujan yang berterusan sejak malam semalam mengakibatkan beberapa jalan utama di sini dinaiki air sedalam lebih 1 meter sekaligus ditutup oleh pihak berkuasa untuk laluan kenderaan.

Terdahulu, Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan yang sedang melawat kawasan banjir meluangkan masa bersama-sama calon-calon SPM itu dengan memberi kata-kata motivasi bagi menyuntik semangat mereka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast