KUALA LUMPUR – Tiga daerah di Melaka dan Putrajaya diramal mengalami banjir susulan amaran hujan berterusan (waspada) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.
Ramalan ini bermula hari ini hingga 29 November 2025.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JAS) berkata, banjir kemungkinan berlaku di daerah Alor Gajah bagi kawasan-kawasan dalam lembangan Sungai Melaka dan Sungai Linggi.
Ramalan banjir di Melaka Tengah pula kerana lembangan Sungai Melaka (Sungai Melaka, Sungai Udang, Sungai Malim, Sungai Air Hitam dan Sungai Putat), Sungai Malim (Sunga Air Salak) dan Sungai Duyong (Sungai Duyong).

Sementara itu, daerah Jasin pula kawasan rendah dalam lembangan Sungai Duyong (Sungai Ayer Panas).
Selain itu, JAS turut memberi ramalan banjir di Putrajaya bagi kawasan rendah dan berisiko banjir dalam lembangan Sungai Klang (anak Sungai Gajah).
JAS berkata, banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan.
Amaran ini bagi membolehkan semua penduduk di kawasan yang dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa. – MalaysiaGazette
















