Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pihak pengurusan The Exchange TRX mengesahkan insiden kebocoran air yang tular di media sosial hari ini berlaku pada Jumaat lepas berpunca daripada masalah paip.

The Exchange TRX dalam kenyataan hari ini memaklumkan kebocoran setempat itu berlaku kira-kira 6.30 petang berhampiran koridor Aras Concourse di pusat beli-belah berkenaan.

“Pasukan kami segera menangani perkara ini, melakukan kerja-kerja pembaikan yang diperlukan dan memastikan kawasan berkenaan selamat serta dibersihkan dalam tempoh 15 minit.

“Keselamatan dan keselesaan pengunjung tetap menjadi keutamaan kami, dan kami terus mengekalkan standard penyelenggaraan yang ketat di semua kemudahan kami,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, satu video tular di media sosial menunjukkan air mencurah dari siling sepanjang laluan di dalam pusat beli-belah, memaksa kakitangan keselamatan menutup kawasan terjejas.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast