Logo AKPS
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya mematahkan cubaan membawa masuk dagangan pertanian yang tidak mematuhi peraturan di Zon Perdagangan Bebas (FCZ) KLIA Kargo, Sepang, Khamis lalu.

Agensi itu berkata, pihaknya menahan satu konsainan yang mengandungi 1.75 tan cili segar diimport dari Bangladesh

“Hasil pemeriksaan mendapati ia dibawa masuk oleh sebuah syarikat yang berpangkalan di Melaka.

“Bagaimanapun, semakan mendapati komoditi berkenaan gagal mematuhi syarat permit import yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut AKPS, sebanyak 250 kotak cili dengan berat keseluruhan 1,750 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM16,504 dirampas.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) atas kesalahan gagal mematuhi syarat permit import.

Katanya, langkah tegas itu diambil demi menjamin keselamatan, kesihatan, serta kepentingan pengguna di negara ini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast