Ab Rauf (tengah) melakukan gimik konvoi dengan pemilik RXZ dari Seri Bendahara bagi menghangatkan sambutan RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0 2025 di Dataran MITC, Ayer Keroh malam tadi.

MELAKA – Program RXZ Members Ride 3.0 yang diadakan selama dua hari sejak Jumaat lalu telah memberi kesan serius terhadap rutin harian penduduk, ketenteraman awam serta keselamatan jalan raya di negeri ini.

Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, ia hasil aduan dan maklum balas diterima rakyat Melaka sepanjang tempoh acara permotoran menghimpunkan lebih 20,000 pemilik motosikal terutamanya pada lewat malam yang menyebabkan pencemaran bunyi.

Menurutnya, pergerakan kumpulan besar penunggang motosikal di kawasan bandar juga telah meninggalkan persepsi negatif kepada pelancong sekali gus menjejaskan imej Melaka sebagai sebuah negeri pelancongan.

“Kami pada prinsipnya menyokong usaha kerajaan menganjurkan acara bagi merancakkan ekonomi tempatan dan jika dirancang dengan baik, acara berskala besar mampu memberi manfaat kepada peniaga kecil, peniaga gerai, hotel serta pengusaha inap desa.

“Namun begitu dalam himpunan ini, kami menerima pelbagai aduan yang mana sebahagian penunggang motosikal telah melanggar lampu isyarat, berlumba di jalan awam serta menunggang secara berbahaya,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong

Tegasnya yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka, pembangunan ekonomi dan keselamatan awam sewajarnya bergerak seiring engan pematuhan undang-undang, ketertiban awam serta penghormatan terhadap hak dan kesejahteraan rakyat.

“Saya menyeru Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusuh untuk memberi perhatian serius terhadap perkara itu semasa merancang dan meluluskan mana-mana acara besar.

“Kerajaan negeri tidak boleh hanya menumpukan kepada kemeriahan dan jumlah kehadiran sebaliknya mesti mengambil kira kualiti hidup penduduk, keselamatan lalu lintas, imej bandar serta kesan jangka panjang,” tegasnya lagi.

Setiap aktiviti sosial atau hiburan, khususnya yang melibatkan jumlah peserta yang besar perlu melalui perancangan yang rapi dan pertimbangan yang teliti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Sememangnya program ini adalah anjuran kerajaan tetapi tidak pasti samada semua penunggang motosikal yang ingin terlibat mendaftar sebagai peserta. Ini kerana banyak motosikal yang sama dengan jenama motosikal yang diketengahkan dalam program ini kelihatan telah diubahsuai tanpa mengikut spesifikasi JPJ seperti nombor plat yang kecil sehingga tidak boleh dilihat oleh mata kasar, eksos yang mengeluarkan bunyi desingan kuat dan bunyi letupan putus-putus. Selain itu, banyak stesen minyak serata bandaraya Melaka dijadikan tempat berkumpul dan penunggang mula menunjukkan kebolehan menunggang masing-masing, membunyikan hon

Comments are closed.