Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Barisan Nasional (BN) menegaskan akan bertanding secara solo menggunakan lambang dacing, tanpa menggunakan lambang parti lain atau gabungan. Namun begitu, BN tidak menolak kemungkinan kerjasama secara berunding dan strategik bagi mengelakkan pertembungan serta memastikan jentera parti dapat saling membantu. Pendekatan ini diambil secara bijaksana selaras dengan perubahan iklim politik semasa, demi mengelakkan permusuhan yang tidak perlu.














