RIYADH – Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman Al Saud, dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk memperoleh kelab bola sepak Sepanyol, FC Barcelona.
Menurut maklumat yang dikongsi oleh wartawan El Chiringuito TV, François Gallardo, menerusi akaun X miliknya, putera mahkota Arab Saudi itu didakwa sedang menyediakan tawaran berpotensi bernilai €10 bilion (RM48 bilion).
Mohammed bin Salman merupakan pewaris takhta negaranya dan kini memegang jawatan Perdana Menteri selepas menggantikan bapanya, Raja Salman, pada 2022.

Nilai kekayaan Raja Arab Saudi, Raja Salman, dianggarkan sekitar AS$18 bilion (RM73 bilion) hasil keuntungan industri minyak, justeru keluarga diraja tersebut tidak kekurangan sumber kewangan.
Gallardo berkata “satu-satunya halangan dalam urusniaga tersebut adalah ahli kelab,” memandangkan Barcelona dimiliki secara kolektif oleh ahli-ahlinya yang mengekalkan kawalan ke atas pemilihan dan keputusan pengurusan utama.
Beliau turut menyatakan bahawa hutang semasa Barcelona melebihi €2.5 bilion (RM12.01 bilion).
Kelab itu dianggarkan bernilai kira-kira AS$5.6 bilion (RM22.93 bilion), sekali gus meletakkannya dalam kalangan lima pasukan bola sepak paling bernilai di dunia dan berada di kedudukan ketiga global, di belakang Manchester United dan Real Madrid.
Sebelum ini, Agensi Berita Qazinform melaporkan bahawa FC Barcelona mengumumkan rancangan untuk menubuhkan “Barça Academy”, sebuah akademi bola sepak belia, di Mongolia pada tahun 2026.
-AGENSI
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast
















