KUALA LUMPUR – Setakat 9 malam tadi, satu lagi pencawang elektrik yang ditutup ekoran keadaan banjir yang semakin membimbangkan di sekitar kawasan Kuantan, Pahang.

TNB Careline berkata, langkah tersebut diambil demi keselamatan pengguna setempat yang terlibat dan menyebabkan beberapa kawasan tidak mendapat bekalan elektrik,

Kawasan tersebut ialah Sekolah Menengah Sri Damai, Sri Damai Sejahtera 1 & 2, Lorong Sri Damai Jaya 9, Jalan Sri Damai Jaya 1/13, Mat Kilau, Taman Tas Jaya dan Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah.

TNB Careline turut menasihat penduduk di kawasan yan dinaiki air supaya menjauhi peralatan atau kabel elektrik yang terendam walaupun bersalut penebat. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast