KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan dakwaan pengeluaran dan penggunaan tanda indeks nombor pendaftaran kenderaan siri “EE” melalui surat yang tular di media sosial.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, tanda indeks nombor pendaftaran kenderaan siri “EE” tidak pernah dikeluarkan, diperkenalkan atau diluluskan oleh pihaknya.

“Surat kelulusan yang tular menerusi media sosial itu adalah palsu dan satu bentuk penipuan (scam) yang berpotensi mengelirukan serta memperdaya orang awam.

“Hasil siasatan awal mendapati, format dan identiti surat rasmi JPJ digunakan secara tidak sah oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Ia termasuk penggunaan kepala surat, gaya penulisan dan susun atur yang menyerupai dokumen rasmi JPJ,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Aedy Fadly, pihaknya memandang serius perkara tersebut dan telah membuat lpaoran polis bagi tindakan lanjut.

“JPJ ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada, tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran atau maklumat berkaitan nombor pendaftaran kenderaan yang meragukan serta
sentiasa membuat semakan melalui saluran rasmi JPJ bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast