KUALA LUMPUR –Jangan buat macam kami ini bodoh, jangan buat perjuangan kami ini kosong.
Demikian tegas Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Armand Azha Abu Hanifah susulan reaksi segelintir pimpinan Pakatan Harapan (PH) membabitkankeputusan mahkamah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Armand Azha dalam satu kenyataan menyifatkan reaksi pemimpin serta penyokong Pakatan Harapan (PH) sebagai melampaui batas dan tidak menghormati sensitiviti rakan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.
“Keputusan mahkamah hari ini sudah dijangka namun sorakan dan ‘salakan’ yang dilemparkan oleh pihak tertentu dianggap sebagai perbuatan yang cukup biadab.
“Aku nak pesan terus terang pada pemimpin dan penyokong PH yang terlalu seronok menyalak dan bersorak dengan keputusan hari ini… korang jangan kurang ajar!”
Jelasnya, UMNO tidak pernah berhenti perjuangkan keadilan untuk Najib.
“Korang ingat senang-senang boleh hina, perlekeh serta sentuh sensitiviti kami hanya sebab hari ini korang rasa ‘menang’?” katanya.
Armand turut mengingatkan rakan gabungan dalam kerajaan berkenaan kerjasama yang terjalin bukanlah ‘cek kosong’ untuk mereka bertindak sesuka hati tanpa mempedulikan perasaan ahli UMNO.
“Kuasa yang ada ketika ini hanyalah bersifat sementara dan tidak seharusnya dijadikan tiket untuk mengabaikan nilai kemanusiaan serta adab.
“Ingat satu benda, kerjasama politik dalam kerajaan bukan lesen untuk biadab.Ia bukan tiket untuk pijak perasaan rakan sendiri dan bukan alasan untuk hilang adab serta kemanusiaan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Armand yang juga dikenali sebagai antara penyokong tegar Najib menegaskan, UMNO Subang tidak akan tunduk mahupun kecewa dengan tekanan politik yang sedang berlaku.
Sebaliknya Armand Azha memberi jaminan perjuangan menuntut keadilan buat ‘Bossku’ akan diteruskan atas prinsip maruah yang tidak boleh dijual beli.
“Kami lawan dengan prinsip, kami berdiri dengan maruah. Kami takkan tunduk hanya sebab kuasa sementara. Berkata benar walaupun pahit.
“Kami tak pernah lari atau kecewa dalam perjuangan keadilan buat Bossku,” katanya.
Terdahulu, Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin didakwa ‘meraikan’ keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang menolak permohonan semakan kehakiman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung Titah Adendum.
Menerusi hantaran Bee Yin di Facebooknya, beliau menulis another reason to celebrate this year end.
Seorang lagi ahli Parlimen DAP, Wong Chen turut memuat kenyataan di Facebooknya Juslice alive merujuk kepada keratan laporan berita berkenaan Najib yang kekal menjalani baki hukuman di Penjara Kajang. – MalaysiaGazette

















ini petanda kerajaan perpaduan akan tumbang kerana kerjasama dalam parti gabungan kerajaan madani semakin lemah dan