Lanjutan operasi ini bagi memberi ruang kepada pembayar menunaikan kewajipan berzakat sebelum berakhir tahun 2025.

KUALA LUMPUR – Waktu operasi 10 kaunter Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan dilanjutkan bagi memberi ruang kepada pembayar menunaikan kewajipan berzakat sebelum berakhir tahun 2025.

Bermula 22 hingga 31 Disember 2025, semua kaunter PPZ-MAIWP akan beroperasi bermula 8 pagi sehingga 9 malam kecuali di UTC Pudu Sentral sehingga 8 malam.

Lanjutan operasi ini bagi memberi ruang kepada pembayar menunaikan kewajipan berzakat sebelum berakhir tahun 2025.

Selain itu, pembayar juga boleh membuat bayaran zakat secara online melalui portal PPZ-MAIWP di www.zakat.com.my, Aplikasi MyZakat serta melalui ejen-ejen bayaran yang dilantik seperti perbankan internet dan juga e-Wallet.

Bagi pembayar yang tidak berkesempatan untuk mengunjungi kaunter PPZ-MAIWP dan mahukan perkhidmatan secara personal boleh mendapatkan perkhidmatan Amil2U di mana pegawai PPZ-MAIWP akan hadir ke lokasi pembayar untuk urusan pembayaran zakat. Tempahan perkhidmatan boleh dibuat di mytemujanji.zakat.com.my.

PPZ-MAIWP turut menawarkan perkhidmatan Zakat 1 Call Away membolehkan pembayar menunaikan zakat dengan mudah hanya melalui talian zakat kami di 1 300 88 5757.

PPZ-MAIWP menyeru orang ramai agar segerakan bayaran zakat di PPZ-MAIWP pada atau selewat-lewatnya 31 Disember 2025 bagi mendapatkan 100% rebat cukai pendapatan tahun taksiran 2025.

Sempena Kempen Year End Zakat 2025, pembayar juga berpeluang untuk memenangi pakej umrah dan lebih 1,500 hadiah menarik yang akan diumumkan pada Februari 2026. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast