File picture

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya lima orang maut akibat sesak nafas selepas terhidu gas karbon monoksida di negeri Haryana, utara India.

Polis berkata, kesemua mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas selepas menghidu gas karbon monoksida yang terhasil daripada pembakaran arang yang diletakkan di dalam bilik tertutup tempat mereka tidur.

Mereka yang terbunuh itu merupakan buruh yang terlibat dalam kerja-kerja mengecat dan berasal dari negeri jiran, Uttar Pradesh.

Polis berkata, kelima-lima mangsa tiba di Kurukshetra pada petang Isnin dan menyewa sebuah bilik di sebuah hotel dan tidur di dalamnya dengan arang yang dibakar dalam sebuah bekas untuk memanaskan badan ketika cuaca sejuk pada waktu malam.

“Ketika tidur, mereka terhidu gas karbon monoksida yang terhasil daripada pembakaran arang tersebut dan akhirnya meninggal dunia,” katanya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast