KUALA LUMPUR – Harga runcit RON97 turun sebanyak 8 sen kepada RM3.16 seliter manakala RON95 tanpa subsidi turun 6 sen kepada RM2.56 seliter.
Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia pula diturunkan sebanyak 8 sen kepada RM2.94 seliter bagi tempoh 25 Disember 2025 hingga 31 Disember 2025.
Harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI95 bagaimanapun kekal pada RM1.99 seliter, begitu juga harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.
Kementerian Kewangan berkata, kerajaan mengambil keputusan tersebut susulan perubahan harga minyak dunia.
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97, RON95 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini
Tambahnya, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.- MalaysiaGazette
















