Kabeer Maand bersama seorang pemandu GV Ride dalam kempen sempena sambutan Hari Krismas hari ini.

KUALA LUMPUR – Syarikat e-hailing, GV Ride memperkenalkan kejutan istimewa sempena sambutan Krismas hari ini menerusi inisiatif One-Day-Only Surprise yang berlangsung di sekitar Subang Jaya dekat sini.

Tiga pemandu terpilih tampil dengan kelainan apabila mereka menyarung kostum penuh Santa Claus sepanjang operasi, sekali gus menceriakan para pengguna aplikasi berkenaan.

Sebanyak 40 penumpang bertuah, empat bagi setiap pemandu terpilih menerima hadiah Krismas istimewa beserta kad ucapan sebagai tanda penghargaan GV Ride kepada komuniti pengguna yang terus menyokong perkhidmatan e-hailing tempatan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GV Ride, Kabeer Maand berkata, inisiatif itu bukan sekadar membawa kegembiraan kepada pelanggan, malah menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan antara pemandu dan komuniti.

“Musim perayaan adalah waktu terbaik untuk menyebarkan kegembiraan. Kami mahu pengguna merasai pengalaman yang lebih mesra, lebih peribadi, dan penuh kejutan.

“Inilah cara GV Ride menghargai setiap pelanggan yang memilih kami setiap hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Kabeer, diskaun tambang RM10 turut ditawarkan kepada pengguna GV Ride, terhad kepada satu perjalanan sehari bagi setiap individu.

Tambahnya, GV Ride akan terus memperkenalkan aktiviti berbentuk komuniti sebagai usaha menjadikan platform itu lebih dekat di hati rakyat.

“Kami bukan sekadar menyediakan perkhidmatan e-hailing, tetapi mahu menjadi sebahagian daripada kehidupan harian masyarakat.

“Lebih banyak program unik dan mesra komuniti akan kami bawa pada tahun hadapan,” tambahnya. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast