SERDANG – Indeks jenayah di Serdang meningkat 99 kes kepada 810 pada 2025 berbanding 711 kes pada tahun lepas terutamanya melibatkan kejadian curi kabel.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, terdapat banyak faktor menyumbang kepada peningkatan jenayah tahun ini, namun pihaknya berjaya menyeimbangkan pertuduhan kes di mahkamah.

“Kita berjaya menaikkan peratusan pertuduhan seperti yang telah ditetapkan,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelupusan Barang Kes di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Serdang hari ini.
Terdahulu, Muhamad Farid melupuskan kita-kira RM3.5 jutaa barang kes am yang dirampas sepanjang tahun ini.


Antaranya ialah 283,872 kotak rokok, 53,691 tin dan botol minuman keras, 178 unit barang judi, 353 mesin Bitcoin dan lain-lain.
Beliau berkata, kesemua barang kes yang dilupuskan melibatkan 673 kertas siasatan.-MalaysiaGazette
















