Kim Pan Gon

KUALA LUMPUR – Bekas pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon bakal kembali ke negara ini apabila kini dikaitkan dengan juara Piala Malaysia 33 kali, Selangor FC bagi membimbing pasukan itu.

Ini bukan kali pertama nama jurulatih yang membawa Malaysia ke Piala Asia 2023 di Qatar kerana spekulasi sebelum ini telah berlegar bahawa dia bakal menyertai Gergasi Merah.

Namun kali, laporan beberapa portal sukan berkata Pan-gon, 56, bakal membimbing Selangor dengan pengumuman rasmi dijangka dilakukan dalam masa terdekat selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada pengumuman atau pengesahan rasmi daripada Selangor FC atau Pan-gon sendiri.

Selangor ketika ini dibimbing Christophe Gamel yang diberikan tanggungjawab sebagai pengendali sementara selepas kelab itu merehatkan Katsuhito Kinoshi pada September lalu.

Nama Pan-gon bukan asing dalam kalangan peminat bola sepak tempatan dengan dia pernah membimbing skuad kebangsaan dari 2022 hingga 2024.

Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu meninggalkan Harimau Malaya pada Julai 2024 dan menyertai Ulsan HD namun dia kemudian berpisah dengan kelab itu pada Ogos lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast