Profesor Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi.

KUALA LUMPUR – Ketegangan di antara DAP Melaka dan Pemuda Sosialis DAP (DASPSY) Pahang dengan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh dilihat tidak akan menjejaskan kerjasama politik di peringkat nasional.

Sebaliknya pemerhati politik,  Datuk Prof Dr Awang Azman Awang Pawi menganggap ia adalah sebahagian daripada dinamika normal dalam politik yang demokratik, bukannya petanda perpecahan besar atau kegagalan kerajaan perpaduan.

Ketiga, polemik ini lebih bersifat pertarungan naratif dan persepsi antara kelompok pemuda dan individu, yang lazim berlaku dalam politik kepartian.

Ia tidak melibatkan dasar kerajaan, tidak menyentuh agenda ekonomi rakyat, dan tidak memberi kesan kepada proses pembuatan keputusan nasional,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Sebelum ini, Akmal dilihat mengeluarkan kenyataan kontroversi sewaktu berucap di Konvensyen Khas Pemuda UMNO pada Sabtu lalu apabila mencabar pemimpin DAP supaya meletakkan jawatan di Melaka, memandangkan parti itu juga sebahagian daripada kerajaan negeri yang diterajui Barisan Nasional (BN).

Kemudian kenyataannya itu, dibidas oleh Pengerusi DAP Melaka Khoo Poay Tiong yang menegaskan Akmal tidak berhak menyuarakan gesaan tersebut sedangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu tidak mempunyai kuasa untuk menentukan hala tuju kerajaan.

Malah, Khoo melihat gesaan tersebut tidak berasas dan melangkaui bidang kuasanya.

Hari ini pula,  DAPSY Pahang bersuara dengan menolak sebarang bentuk kerjasama politik dengan Akmal.

Mengulas lanjut, Awang Azman selaku Pengarah Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu, Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, pendirian Ketua Pemuda UMNO itu hanya atas kapisiti peribadi dan tidak mewakili keputusan rasmi UMNO.

Begitu jugalah katanya apa yang disuarakan oleh DAP Melaka dan DAPSY Pahang.

Menurutnya, hakikatnya, sehingga kini tidak ada penarikan sokongan terhadap kerajaan, perubahan kerjasama politik di peringkat Parlimen atau kerajaan keseluruhannya.

Kedua-dua kenyataan ini bersifat retorik politik dalaman, bukan keputusan dasar negara. Pimpinan tertinggi parti-parti dalam kerajaan perpaduan kekal berpegang kepada prinsip pragmatisme politik, kestabilan pentadbiran dan keutamaan agenda negara.

Selagi tiada keputusan rasmi dibuat di peringkat Majlis Presiden, Kabinet atau Parlimen, kenyataan mana-mana pihak di peringkat sayap atau individu tidak boleh ditafsir sebagai krisis nasional,” tambahnya. –MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast