KUALA LUMPUR – Kerja-kerja pemasangan struktur gantri paparan iklan di kedua-dua arah laluan antara Damansara dan Subang di Kilometer (KM) 16.33 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) dijalankan bermula 10 malam hari ini hingga 5 pagi esok.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berkata, susulan itu dijangkakan akan berlaku gangguan trafik minimum di lokasi
berkenaan.

“Pengguna lebuh raya disarankan supaya merancang perjalanan mereka sepanjang tempoh tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Pengguna lebuh raya juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan
yang dikeluarkan oleh petugas PLUS ketika melalui kawasan terbabit.

“Pengguna lebuh raya juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Aplikasi PLUS,Pembantu Maya – PUTRI, aplikasi X@plustrafik atau Paparan Mesej Elektronik (VMS) di lokasi- lokasi terpilih.

“Orang ramai juga boleh menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000 sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.” jelasnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast