Allahyarham Isma Aliff

KUALA LUMPUR – Penyanyi, pelakon dan pelawak era 1980-an, Isma Aliff yang menghidap masalah kesihatan sebelum ini meninggal dunia di Ampang di sini hari ini.

Isma Alif atau nama sebenar Muhammad Latiff Ismail, 62, pernah dimasukkan ke Hospital Ampang pada 15 Disember 2023 kerana berada dalam keadaan kritikal serta ditidurkan selepas dikesan mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru.

Bagaimanapun selepas itu kesihatannya dilaporkan stabil.

Jenazah allahyarham akan disempurnakan di Masjid Jamil’lhuda di Kampung Melayu Ampang selepas solat Asar dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana selepas itu. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast