Tangkap layar memaparkan mangsa parah dan berada di bawah motosikal selepas dirempuh sebuah kenderaan di Jalan Sungai Masi, Batang Kali, hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang jurujual perumahan maut selepas motosikal dinaikinya dirempuh sebuah kenderaan dalam kejadian di Jalan Sungai Masin, Batang Kali, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superitenden Ibrahim Husin berkata, lelaki berusia 23 tahun itu disahkan meninggal dunia ditempat kejadian.

Menurutnya, nahas berlaku sekitar jam 8.30 pagi ketika mangsa  dalam perjalanan dari arah Genting Highlands menghala ke Batang Kali.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai dilanggar lari dari arah bertentangan oleh sebuah kenderaan dengan nombor pendaftaran tidak pasti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mayat mangsa kemudia di bawah ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat.

“Polis kini sedang giat mengesan kenderaan yang terlibat untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat trafik, Insprekto Nurul Anati Zulkifli di talian 03-60641222 atau mana-mana balai polis berdekatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast