Ab Rahaman menyampaikan sijil kepada penerima selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat Kontinjen Johor Bagi Bulan Januari di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Kertas siasatan pengurus kilang warga China yang memasang bendera Malaysia secara terbalik di sebuah premis di kawasan Taman Eko Perniagaan 2, Senai Airport City, Senai, Ahad lalu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, pihaknya kini sedang menunggu arahan lanjut daripada pihak DPP untuk tindakan selanjutnya.

“Kertas siasatan telah kita rujuk kepada Pejabat DPP dan masih menunggu arahan lanjut sama ada ingin meneruskan pertuduhan ataupun tidak.

“Atau mungkin ada perkara-perkara lain yang perlu untuk dijalankan siasatan lanjut oleh pihak polis Johor,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2026/01/12/lelaki-warga-china-ditahan-pasang-jalur-gemilang-terbalik/

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat Kontinjen Johor Bagi Bulan Januari di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Kelmarin, Malaysia Gazette melaporkan seorang lelaki warganegara China berusia 38 tahun ditahan bagi siasatan kes bendera Malaysia yang dipasang terbalik di premis berkenaan.

Ditanya sama ada akan mengambil tindakan terhadap majikan suspek di kilang itu, Ab Rahaman berkata, perkara tersebut masih dalam siasatan dan pihaknya akan merujuk kepada DPP.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast