Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan titah pada Majlis Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas di bangunan Parlimen, Kuala lumpur. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 19 JANUARI 2026.

KUALA LUMPUR – Sistem pendidikan negara perlu terus diperkasa sebagai asas utama pembinaan bangsa, jati diri serta masa hadapan negara, titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Baginda bertitah, sekiranya kerajaan berhasrat memperkenalkan sistem pendidikan baharu, pelaksanaannya mestilah selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan serta menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama kerana kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan.

Menurut Sultan Ibrahim, sebarang cadangan untuk mengiktiraf atau melaksanakan sistem pendidikan lain juga perlu menerima bahasa Melayu dan sejarah Malaysia sebagai komponen teras dalam pembelajaran.

“Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan sejarah negara adalah asas kepada pembentukan identiti serta perpaduan rakyat,” titah baginda.

Sehubungan itu, baginda menegaskan,  pihak yang tidak menerima kedudukan bahasa Melayu seharusnya menghormati realiti dan perlembagaan negara.

“Kalau ada yang tidak menerima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia,” titah baginda lagi. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast