Muhamad Lim keluar dari pusat jagaan warga emas di Jalan Arab, Muar, Isnin lalu.

MUAR – Seorang penghuni pusat jagaan warga emas di Jalan Arab di sini dilaporkan hilang sejak seminggu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata, Muhamad Lim Abdullah, 61, dipercayai keluar dari pusat jagaan tersebut pada pukul 11.30 pagi, Isnin lalu.

“Pada awalnya, pihak pusat jagaan menjangkakan mangsa pulang ke rumah ahli keluarganya di Melaka namun semakan dengan ahli keluarga mengesahkan bahawa mangsa tidak pernah sampai ke Melaka dan sejak itu tidak dapat dihubungi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, warga emas terbabit memiliki ciri fizikal berkulit cerah dan botak.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan atau mengenali mangsa diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Asisten Suprintendan Suhaimi Ahmad 013-3975290.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast