Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Prestasi ekonomi Malaysia melakar sejarah baharu apabila mencatat jumlah perdagangan tertinggi buat pertama kalinya pada tahun lalu apabila mencecah RM3 trilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejayaan luar biasa itu dicapai apabila mengekalkan hubungan perdagangan yang baik dengan rakan dagang termasuk Amerika Syarikat (AS), Eropah, China selain meneroka rantau dan kawasan baharu bagi meningkatkan pasaran perdagangan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan memberitahu, maklumat terperinci mengenai pencapaian akan diumumkan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) pada tengah hari ini.

“Sejarah tercipta, dengan jumlah perdagangan untuk 2025 mencecah RM3 trilion buat pertama kali.

“Itu sebab saya rumuskan perlunya penjelasan dasar, disiplin dan tatakelola yang baik serta menerobos pasaran baharu,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam) mengenai langkah kerajaan bagi mendepani ketegangan di peringkat global dan geopolitik, yang boleh menjejaskan peraturan perdagangan serta pelaburan negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast