Public transportation should therefore be treated as a strategic national investment tied directly to energy resilience, economic stability and public welfare.

KUALA LUMPUR –  Kementerian Pengangkutan (MOT) sudah mengenal pasti lokasi panas (hotspot) yang kerap berlaku kecurian kabel di Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) sehingga berlaku gangguan teknikal perkhidmatan tren di negara ini.

Menterinya, Anthony Loke berkata, perkara itu telah dibincangkan menerusi satu mesyuarat yang diadakan pada Disember lalu bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Ini telah pun kita mengadakan perbincangan yang turut bersama Bukit Aman dan mereka memandang serius terutama di beberapa negeri yang dikenal pasti sebagai hospot berlakunya curi kabel ini yang kian berleluasa.

“Sudah tentu pihak polis akan mengambil tindakan lebih tegas dan proaktif, jadi ini tidak melibatkan perbincangan dalam parlimen sebaliknya, undang-undang sedia ada perlu dikuatkuasakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada majlis Perkhidmatan Pengangkutan Awam Istimewa Sempena Perayaan 2026 di KL Sentral hari ini.

Tambah Anthony, penguatkuasaan itu sudah berada di bawah bidang kuasa PDRM dan terdapat beberapa langkah mitigasi juga akan diambil bagi menangani jenayah curi kabel.

Sebelum ini, media melaporkan, Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) memandang serius isu kecurian kabel hingga mengakibatkan kerugian dianggarkan RM20.6 juta dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

Prasarana dilaporkan berkata, isu kecurian kabel itu telah menjejaskan operasi perkhidmatan rel, gangguan perjalanan, kelewatan serta menimbulkan risiko keselamatan kepada jutaan pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang. – MalaysiaGazette   

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast