Fahmi Fadzil

SHAH ALAM – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan memanggil Ketua Pengarang sebuah organisasi media berhubung berhubung dakwaan kesilapan terjemahan titah Yang di‑Pertuan Agong baru-baru ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, suruhanjaya  yang bertanggungjawab mengendalikan siasatan terhadap agensi berkenaan akan memperincikan kandungan yang telah dimuat turun agensi berkenaan.

“Ini termasuk maklumat awal menunjukkan memang berlaku satu kesilapan di pihak syarikat media berkenaan. Saya minta MCMC untuk kendalikan siasatan dan juga memanggil editor in chief (ketua pengarang) berkaitan,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Kenderaan Autonomi Pos Malaysia di sini hari ini.

Ujarnya, siasatan berkaitan siaran yang diterbit di media sosial adalah tertakluk di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Manakala, kandungan laporan berita yang diterbit secara fizikal tertakluk di bawah Akta Percetakan.

“Kita perlu bezakan apa yang diterbit dalam surat khabar dan disiar media sosial,” ujarnya.

Semalam Fahmi mengesahkan MCMC menyiasat kandungan dalam talian terbitan sebuah agensi yang didakwa mengandungi kesilapan terjemahan titah Yang di-Pertuan Agong semasa Istiadat Pembukaan Sidang Parlimen, pada Isnin lalu.

Siasatan itu dijalankan susulan aduan rasmi yang diterima daripada orang awam berkaitan kandungan berkenaan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast