SHAH ALAM – “Alhamdulillah hari ini saya sihat, kita ikuti prosesnya, kita lihat macam mana nanti (perkembangannya).
Demikian kata bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan selepas dihadapkan dua lagi pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.
Terdahulu, beliau menjadi bekas PTD pertama yang dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram manakala semalam Muhammad Hafizuddeain dihadapkan empat pertuduhan sama melibatkan wang RM2.12 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Beliau mengaku tidak bersalah di atas kesemua pertuduhan di kedua-dua mahkamah terbabit.
Sementara itu, peguam yang mewakilinya Aizul Rohan Anuar memaklumkan isteri anak guamnya itu Salwani Anuar akan dituduh sekali lagi di Terengganu pada Isnin depan.
“Sepatutnya pertuduhan hari Rabu tapi pihak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) awalkan supaya dia boleh ke hospital selepas itu untuk buat pembedahan
Semalam, Salwani yang merupakan isteri ketiga Muhammad Hafizuddeain turut berdepan empat tuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM77,000. -MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN
















