Mohd Kurniawan Naim Moktar.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kinabatangan baharu, Mohd Kurniawan Naim Moktar hari ini mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dengan turut disaksikan anggota Parlimen di kedua-dua blok.

Mohd Kurniawan berjaya mengekalkan legasi bapanya Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin dengan mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Pilihan Raya Kecil (PRK), Sabtu lalu.

Beliau memperoleh 19,852 undi, menang dengan majoriti besar 14,214.

Beliau mengalahkan pencabarnya, Datuk Saddi Abdul Rahman yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau yang mendapat 5,638 undi, manakala seorang calon Bebas, Goldam Hamid memperoleh 946 undi.

PRK diadakan berikutan kekosongan kerusi selepas kematian Bung Moktar pada 5 Disember lalu, iaitu kurang seminggu selepas beliau memenangi kerusi DUN Lamag dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 29 November 2025. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast