Kesemua mangsa ditemui pada jam 6.10 Pagi - FOTO Ihsan Maritim

KUALA LUMPUR – Empat individu terselamat selepas bot dinaiki terbalik di perairan Pulau Rebak, Langkawi awal pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.05 pagi.

“Sejurus menerima panggilan, Bot PENGGALANG 11 digerakkan ke lokasi dan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) dimulakan.

“Kesemua mangsa berjaya ditemui pada pukul 6.10 pagi dalam keadaan selamat selepas didapati berpaut pada pelampung sementara menunggu bantuan tiba,” katanya dalam kenyataan

Jelas beliau, kesemua mangsa kemudiannya dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Bukit Malut dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pemeriksaan lanjut dan seterusnya dihantar ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 7.30 pagi setelah semua mangsa berjaya diselamatkan dan keadaan disahkan selamat.

Dalam pada itu, Maritim Malaysia menasihatkan orang ramai khususnya komuniti maritim dan pengusaha bot supaya sentiasa mengutamakan aspek keselamatan ketika berada di laut.

Ia termasuk memakai jaket keselamatan, memantau keadaan cuaca serta memastikan bot berada dalam keadaan baik sebelum beroperasi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast