Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

KUALA LUMPUR – Sekatan perpindahan pemain yang dikenakan ke atas kelab Kelantan The Real Warriors (TRW) telah ditarik balik berkuatkuasa hari ini. kata Malaysian Football League (MFL).

MFL berkata, pihaknya telah menerima surat pemakluman daripada FAM hari ini yang mengesahkan kes tunggakan gaji yang dilaporkan kepada badan induk itu dan juga FIFA telah berjaya diselesaikan oleh Kelantan The Real Warriors.

Tambahnya, Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) juga telah memaklumkan kepada MFL secara rasmi bahawa mereka telah menerima dokumen perjanjian penyelesaian di antara 23 pemain musim lalu bersama Kelantan The Real Warriors sekali gus membolehkan sekatan perpindahan pemain ditarik balik.

Kelantan The Real Warriors sebelum ini telah dikenakan tiga sekatan perpindahan pemain oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), MFL dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) susulan kes tunggakan gaji pemain musim 2025-2026. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast