Kredit: JBPM Selangor

KUALA LUMPUR – Satu kebakaran berlaku di kawasan hutan dianggarkan seluas 0.8 hektar di puncak bukit berhampiran sebuah apartmen di Taman Tun Abdul Razak di sini malam ini.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hamdan Hamzah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.47 malam tadi.

Beliau berkata empat anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan kawasan hutan di puncak bukit dan anggota bersedia di lokasi kejadian kerana tiada laluan masuk ke tempat kebakaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hamdan berkata setakat ini keadaan terkawal dan api tidak merebak ke kawasan berhampiran.- BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast