KUALA LUMPUR – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menafikan sekeras-kerasnya sebarang penglibatan Ketua Setiausahanya dalam skim pelaburan palsu di mana-mana platform.
Dalam satu kenyataan, pihaknya mengesahkan nama
Ketua Setiausaha MITI, Datuk Hairil Yahri Yaacob telah disalahgunakan dalam satu skim pelaburan palsu melalui saluran Telegram yang menggunakan nama Ministry of International Trade and Industry.
Justeru orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada terhadap tawaran pelaburan mencurigakan selain mengesahkan maklumat melalui saluran rasmi
Orang ramai juga diminta tidak berkongsi maklumat peribadi dengan pihak tidak dikenali dan sebarang aduan boleh disalurkan kepada pihak berkuasa atau melalui saluran rasmi MITI. – MalaysiaGazette
















