KUALA LUMPUR – Pelakon Eyka Farhana dan suami yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid, bakal menimang cahaya mata pertama selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri oleh Eyka atau nama sebenarnya, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 31, menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, hari ini.

“Daripada dua hati (bakal) jadi tiga jiwa. Masya-Allah Tabarakallah, anugerah terbesar kami sedang dalam perjalanan,” tulisnya.

Menerusi perkongsian itu, Eyka turut memuat naik sebuah video romantis memaparkan dirinya bersama Akhyar saling berpelukan sambil menunjukkan foto imbasan bayi mereka.

Dalam pada itu, Eyka menerusi perkongsian di Instagram Story (IGS) turut meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk bergelar ibu akhirnya dimakbulkan Allah SWT.

“Saya sentiasa menyimpan impian untuk bergelar seorang ibu. Saya sering berkongsi dengan keluarga dan sahabat betapa besarnya harapan agar Allah mengurniakan saya seorang zuriat.

“Kami berdoa bersama-sama dan yakin bahawa Allah lebih mengetahui waktu yang terbaik. Alhamdulillah, Allah akhirnya memakbulkan doa kami,” katanya.

Eyka dan Akhyar mendirikan rumah tangga pada 2 Mei tahun lalu dalam sebuah majlis pernikahan tertutup yang berlangsung di sebuah premis acara di Ampang.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast