Nasihat yang dikeluarkan Kedutaan Malaysia di Jepun

KUALA LUMPUR – Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo menasihatkan pengembara supaya berhati-hati ketika melakukan perjalanan ke wilayah yang disenaraikan di bawah amaran dan nasihat cuaca oleh Agensi Meteorologi Jepun berikutan ribut salji, salji lebat dan pembentukan lapisan ais atau enap timubus ais.

Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi miliknya pada Jumaat memaklumkan wilayah terjejas termasuk Hokkaido, Tohoku, Kanto, Koshin, Tokai, Hokuriku, Kinki, Chugoku (tidak termasuk Yamaguchi), Shikoku, utara Kyushu (termasuk Yamaguchi), selatan Kyushu dan Amami.

“Pengembara dinasihatkan supaya berwaspada apabila melakukan perjalanan di wilayah yang terjejas,” menurut kenyataan itu.

Menurut kedutaan, sekiranya berlaku kecemasan, pengembara warga Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo di talian +81-3-3476-3840 (waktu pejabat) atau +81-80-4322-3366, atau e-mel ke consular@[email protected] atau [email protected]

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast