Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia, Datuk Chan Foong Hin nafi Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) gagal kerana tidak mencapai 80 peratus tahap sara diri (SSL).

Sebaliknya, katanya, ia berpunca daripada kurangnya penglibatan sektor swasta dalam program berkenaan.

“Smart Sawah sekala besar bukan gagal, cuma kemungkinan penglibatan daripada sektor swasta tidak mencukupi untuk meluaskan daripada kawasan-kawasan yang tertentu.

“Kita sedang melihat macam mana untuk meningkatkan perluasan skop ini,” katanya menjawab soalan tambahan dari Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa dalam Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Mohd Isam bertanyakan punca sasaran SSL iaitu 80 peratus tidak tercapai.

Mengulas lanjut Chan berkata, KPKM kini mengkaji potensi melaksanakan pembangunan jelapang padi selatan.

Katanya, perluasan projek tanaman padi di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor berkemungkinan akan menambah kebergantungan negara.

“Untuk mencapai 80 peratus bukannya senang. Kita melihat memperluaskan skop ini kepada Jelapang Padi selatan.

“Kita (KPKM) juga akan bekerjasama dengan kerajaan Sarawak dan Sabah untuk memajukan padi sawah di negeri itu,” tambahnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast